Wednesday, September 12, 2007

Bulan Ramadhan 2007

Esok, 13hb September 2007, kita menyambut bulan Ramadhan. Saya mengucapkan semua peminat-peminat filem Melayu tempatan dan drama TV Melayu "selamat menyambut bulan puasa". Banyak-banyakkanlah ibadah kita pada bulan ini. InsyaAllah kita akan menjadi lebih soleh dan mendapat pahla yang banyak.
Dalam industri filem tempatan ini, memang ramai yang mempunyai musuh, dan perasaan hasad dengki itu memang wujud. Mereka yang kurang bernasib baik selalunya menyumpah mereka yang mungkin mendapat rezeki yang lebih daripada mereka. Dunia filem sama dengan dunia politik. Semuanya wayang. Ada yang mengatakan saya ni penipu - terpulanglah. Pada diri saya, peranan yang saya main dalam dunia perfileman ini adalah kerana saya ada hak. Saya tidak pernah membuat filem kos lebih RM2 juta dan merugikan penerbit-penerbit saya. Maka saya tidak pernah kerja untuk penerbit lain melainkan syarikat perfileman ibu bapa saya. Kalau ada pun, mereka yang invest dalam filem Ah Loke Kafe dan setiap investor telah hilang duit termasuk saya sendiri. Tetapi mereka rugi tidak melebihi Rm50,000 walhal saya hilang RM100,000.00. Kegagalan dan kerugian memang lumrah dalam dunia perfileman ataupun perniagaan. Saya bangga kerana ada syarikat sendiri dan mempunyai dana sendiri -walaupun dari bank ataupun famili....tidak macam beberapa orang pengarah yang hidup mencari penerbit yang boleh memberi mereka duit untuk projek mereka dan lepas itu lepas tangan dan buat tak tahu apabila filem itu gagal.Mereka dah dapat gaji, dah dapat nama, pedulilah dengan nasib si penerbit. Ramai juga macam ni.
Kepada mereka yang irihati ataupun kuat dengki pada aku, terpulanglah. Macam mana aku nak buat? Mereka akan tetap maki hamun saya bila dapat peluang. Orang macam mereka memang akan tetap ada. Merekalah yang menjahanam industri perfileman Melayu. Kepada karyawan filem yang tulin, saya tabik pada anda semua kerana industri ini memangnya satu industri yang begitu sukar dan begitu aneh.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.