Sunday, January 11, 2009

KEMANA KAH HALATUJU INDUSTRI FILEM KITA

Kini sudah masuk tahun 2009. Industri filem kita masih merangkak entah kemana. Tetapi ramai masih mendabik dada, masih hidup dalam angan-angan yang kononnya industri filem tempatan sihat dan begitu hebat.
Tiga puluh lebih tajuk menunggu tayangan. Kalau ikut kauntiti, memang benarlah industri filem kita begitu megah, tetapi alangkah sedihnya, situasi sebenarnya amatlah sedih - terutama sekali dengan industri filem Melayu.
Industri 'indie' tempatan amat subur. Ramai pihak swasta rajin menabur wang kepada generasi indie ini yang penuh dengan ide dan visi baru. Pendekatan mereka amat memberangsangkan dan membawa nafas baru kepada sinema Malaysia (bukan sinema Melayu).
Filem-filem indie ini kerap sangat disanjung dan dinobat di pesta festival antarabangsa tanpa diketahui ramai peminat filem tempatan. Apabila seseorang daripada mereka memenangi anugerah, maka ucapan tahniah dilimpah melalui golongan-golongan peminat sinema melalui internet.
Media arus perdana (Melayu) jarang sangat mengangkat berita-berita ini kerana kebanyakkan dari filem indie ini adalah berbahasa Mandarin ataupun Inggeris.
Media arus perdana lebih prihatin dan lebih yakin dengan mengangkatkan martabat filem Melayu yang memenangi anugerah-anugerah tempatan. Hebat benar festival filem tempatan kita.
Kerajaan kita pun telah lama menolong industri filem Melayu. Macam-macam dana ditubuhkan. Kini yang paling diminati produser adalah geran yang disediakan untuk filem-filem yang menggunakan CGI ataupun filem animasi 3D.
Berjuta-juta telah disediakan, diluluskan dan diagihkan, tetapi hasilnya masih kurang meyakinkan, tetapi ada juga penulis-penulis di media arus perdana yang mengatakan filem kita baru-baru ini yang menggunakan CGI sama taraf dengan filem-filem antarabangsa. Ada juga mengatakan kita boleh menghasilkan filem seperti Transformer. Ada juga kata kita boleh mencabar Dreamworks dan Pixar. Alhamdullilah, saya tak sangka industri paska produksi kami begitu hebat.
Tetapi yang anihnya, kalaulah industri kita begitu hebat, kenapa Lucasfilms rasa ianya lebih selesa dan lebih baik bagi mereka untuk mendirikan pusat produksi Asia-Pacific mereka di Singapura - satu negeri dimana industri filem mereka hanya mengeluarkan tidak lebih daripada 12 tajuk filem setahun?
Kenapa juga gergasi-gergasi Hollywood seperti Warner Brothers membuka pejabat di India untuk menyediakan dana untuk filem Hindi? Kenapa pula dana-dana antarabangsa, terutama sekali dari Eropa, lebih minat menabur dana ke arah industri filem di Korea, di Thailand dan di negeri China? Kan industri filem kita lebih hebat?
Hollywood pernah membeli karya dari Thailand (The Eye, Shutter, Bangkok Dangerous), dari Korea (My Sassy Girl) dan dari Jepun (Ju-On, Ring-O) dan membuat remake.
Adakah Hollywood membeli hak remake untuk Duyong, Susuk, Jangan Pandang Belakang, Anak Mami ataupun Histeria? Kan filem-filem kita ini lebih hebat daripada filem-filem keluaran negeri jiran kita?
Adakah kami menunggu dengan menggigit jari filem-filem Melayu yang akan ditayang tahun ini? Apakah filem-filem tempatan yang dah sedia untuk ditayang? Entah. Tapi ramai pula menunggu filem-filem luar negeri seperti Transformers 2, Ironman 2, Harry Potter terbaru, Watchmen, Wolverine, Star Trek, Terminator terbaru, Monsters vs Aliens, Night At The Museum Part 2, Ice Age 3, 2012 dan Dragonball The Movie.
Yang saya tertunggu-tunggu mungkin filem Mamat Khalid terbaru Estet. Itu saja. Yang lain, entah. Adakah anda tidak sabar menunggu tayangan filem terbaru Prof Madya Razak Mohaideen ataupun filem terbaru arahan Ahmad Idham?
Kenapa pula FINAS tidak membantu memasarkan filem-filem tempatan ini? Adakah mereka tidak mampu? Adalah mereka tidak peduli? Tidaklah munasabah kalau mereka tidak mengambil peduli sebab mereka juga mengambil satu peratus dari semua jualan tiket filem tempatan. Entah apa kutipan ini digunakan oleh FINAS. Mungkin untuk membina fasiliti tercanggih paska audio di Ulu Kelang yang sampai hari ini belum lagi dilancarkan.
Entah lah. Mungkin kita patut menyahut cabaran Mansur Putih yang asyik menyuarakan hasratnya untuk memperbaiki industri filem tempatan kita kerana beliau kononnya adalah anak Melayu yang ulung-ulungkali mendapat pengajaran filem dari universiti liga ivy di Amerika Syarikat, maka dengan lulusan itu beliau mempunyai hak untuk berbakti dan membetulkan apa yang tidak betul dalam industri kita. Yang lain, yang tidak belajar filem kat universiti liga ivy (seperti Harvard, USC, UCLA, Yale, Stanford ataupun Columbia), tidak ada hak dan juga tidak ada talent untuk menjana industri filem tempatan.
Tiada sesiapa pun pula ingin bertanyakan pada si Mansur Puteh ini, manakah salinan Ijazahnya dari Universiti tersebut? Dan jika benar ada, adakah first degree dari Columbia itu lebih hebat daripada ijazah universiti tempatan yang menganugerahkan ijazah lanjutan doktorat dan profesor kepada anak-anak tempatan seperti Dr Annuar Nur Arai, Dr Mahadi J Murad, Prof Hatta Azad Jhan dan Prof Madya Razak Mohaideen?
Adakah juga generasi baru yang begitu yakin dengan kebolehan mereka, dan yang telah memenangi pelbagai anugerah di festival terkenal antarabangsa tidak sehebat beliau yang belum pernah memenangi satu anugerah pun?
Adakah Yasmin Ahmad yang memenangi anugerah filem-filem antarabangsa seperti Berlin dan juga kerap kali dinobatkan sebegai seorang pengkarya filem Malaysia yang paling hebat oleh ramai pengkritik filem luar negeri, kurang hebat daripada mereka yang mendapat pengajaran dari Columbia dan USC? Eh...kalau tak salah, Steven Spielberg pun tak pernah belajar filem. Sama juga dengan Quentin Tarantino. Jadi tak hebatlah filem mereka kerana mereka bukan keluaran universiti liga ivy.
Kelakar sangat lah industri kita ini. Hebat dengan kontroversi, hebat dengan aktiviti mendabik dada dan mengangkat bakul masing masing. Malangnya, industri kita ini masih tidak kemana-mana. Masih tersekat diruang sempit yang diterajui mereka mereka yang otak pun sempit.
Kesiannya kita.

7 comments:

SpiderJane said...

Salam Abg DD........
happy 2009 to you & Kak Puteh & kids. Filem Melayu & Filem Malaysia...hmmmmm.....big difference but not many noticed. I'm always proud of you , you know that. You've done it with Tuah many , many years ago......like you said,,,,,,otak sempit. tu yang payah tu.
Love you loads,
rima

anwardi said...

Hi Rima, lama betul tak dengar khabar. Thanks for dropping my blog. Thanks too for the kind words and comments. Don't be a stranger tau.
Take care.

kamalariffin said...

tuan teruskan berjuang....kelakarkan? ... yg bersekolah atau tidak bukan pekara pokok, yg penting usaha, paling penting bakat yg membulat, yg penting ilmu yg diamal dan yg paling penting kata CAPPOLA adalah NASIB.

peminat blog tuan

p/s saya perasan org kita letak kasta pada sebutan... jon nour, njan nour, jon rey, jon ra.

awanghitam said...

Jangan lupa pendidikan masyarakat dalam hal filem. Bukan apa, takut nanti filem sampah pun mereka kata filem yang baik.

anwardi said...

I agree, tapi masaalahnya tiada blog or magazine filem yang berkaliber untuk tatapan masyarakat. Yang ada hanya catatan beberapa penulis yang selalu tutup artikel dengan perkataan "filem ini hiburan ringan dan cukup sesuai untuk tontonan seisi keluarga."

yanti said...

Salam Mr Anwardi..
Apa yang boleh dibanggakan dengan Mansur Puteh tu.. Filem dia pun tak bernyawa..Filem apa tu.. "Seman" kalau setakat shot yang macam tu, I pun boleh arah.. lakonan yang kaku.. macam tu.. I pun boleh berlakon..
Terus terang nak dikatakan di sini, saya betul2 tak suka dengan sikap Mansor Puteh.. yang angkuh dan mendabik dada yang kononnya dia lah yang terbaik..
Berapa banyak duit FINAS yang dihabiskan, tapi filem tak siap2. Padan la FINAS tak boleh bantu yang lain2, dia je yang 'kongker' segala perbelanjaan..
Ada juga kebanyakan pengarah yang kononnya dapat ijazah dari luar negeri, sebenarnya hadir kursus je.. bang DD.. bukan betul2 belajar pun.. a few names i know la.. sebabtu, diorang tak berani tunjuk cert. diorang..
Baru pergi holiday, masuk short course.. balik malaysia kata ada degree.. tapi filem ntah ape2
Lepas tu pulak FDAM satu hal, pengarah2 tak bersatu.. kata PERSATUAN PENGARAH2 FILEM MALAYSIA, tapi yang menerajui 'monkeys' yang tak pernah buat filem pun.. (oopppsss... sorry.. ya HSB kalau terbaca) dat's not fair to all yang bertahun shoot dengan 16mm, 35mm yang pernah bertungkus lumus sebelum era digital ni.. Dat's not FDAM.. but.. DDAM..(Drama Directors Associates of Malaysia)
Memang SEMPIT otak pengarah2 juga pengeluar2 juga yang mengeluarkan wang untuk orang2 yang seumpamanya..
My husband masuk pitching dana 50k.. diorang kata tak sesuai untuk 50k sebab terlebih bagus.. so, kena propose yang 100k punye.. alih2 bila kita propose.. ada yang tak datang pitching, dah shoot pun.. kita ni bagai nak rak la tunggu, bila call kata nak tukar KP la.. tau nya masih KP yang lama jugak..
Tak paham makcik dengan lakonan FINAS.. patutnye membantu.. tapi buat orang tertunggu2 macam nak mintak sedekah je..
People like you, should do sumthin to make it rite.. Sebab ramai juga yang tak setuju dengan you mengatakan you tak bagus, suka tipu orang, but as far as i'm working wit u, tak de pun yang macam orang katakan.. cuma nakal sikit la.. haha
Berjuang la bang untuk filem kita..
salam buat mak, abah & kak puteh.
Mak should rest la.. like what you said buat buku.. and also abah.. rindu nak jumpa diorang..

Loong said...

Hi Anwardi,
Jumpa site ini dan dapat banyak pandangan daripada awak berkenaan filem Melayu dan filem `Malaysia'.
Dukacintanya melihat keadaan filem industri Malaysia macam ini.Lebih baik Encik Anwardi menunbuh sesuatu kumpulan peminat filem untuk membantu FINAS atau RTM untuk memberi nasihat bagaimana halatuju industri filem Malaysia! Mungkin mereka sibok sangat dan hilang tujuan mereka!
All the Best!